13 May 2008

Temasya Sukan Olahraga & Sukaneka SK Selayang Jaya


Kejohanan sukan olahraga dan sukaneka Sekolah Kebangsaan Selayang Jaya telah diadakan pada 27hb April 2008 bertempat di padang SKSJ. Kejohanan yang bermula seawal 8.30 pagi ini dimulakan dengan perarakan masuk pembawa bendera kejohanan diikuti oleh unit-unit beruniform, rumah-rumah sukan, pra sekolah dan tidak terkecuali warga Pendidikan Khas SKSJ. Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan dari setiap rumah sukan.
Antaranya sketsa dan nyanyian Aspalela dari rumah Biru dan aerobik Poco-Poco dari rumah kuning. Aksi murid-murid Pendidikan Khas (KPBP SKSJ) yang mempersembahkan ‘Asparobik’ juga turut mendapat tepukan yang gemuruh dari para hadirin.KPBP SKSJ mengambil bahagian dalam 2 acara sukaneka iaitu acara baling pundi kacang ke dalam bakul dan acara baling gelung getah ke dalam kon. Walaupun setiap murid bakal mendapat hadiah yang sama, namun mereka tetap bersemangat untuk bersaing sesama sendiri.
Ibu-bapa juga turut memberi dorongan dan kata-kata semangat buat anak- anak mereka. Terima kasih kami ucapkan.Rumah Biru dinobatkan sebagai johan keseluruhan kejohanan. Walaupun keletihan, namun murid-murid dan para guru sedikit terubat dengan pengumuman cuti peristiwa pada 28hb yang disampaikan oleh Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum, Pn Zaharah Binti Abu Din.

unit pendidikan khas pendidikan khas masalah pembelajaran kpbp pkbp ppki kanak-kanak istimewa kanak-kanak berkeperluan khas ciri-ciri kanak-kanak khas autisme sindrom down hiperaktif cerebral palsi disleksia brain gym terapi untuk kanak-kanak khas terapi kuda terapi renang terapi muzik taman teraputik refleksiologi senarai sekolah khas sk selayang jaya sksj himpunan sajak kanak-kanak