SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI, SEKOLAH KEBANGSAAN SELAYANG JAYA. WARGA PPKI SKSJ MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN SAUDARA SAUDARI


17 April 2008

Jamuan Persaraan Puan Bidah Mat Piah

Puan Bidah telah berkhidmat di SK Selayang Jaya sejak 1 Januari 1988, dan hari ini genap 20 tahun 3 bulan dan 6 hari beliau mencurah bakti kepada murid-murid SKSJ. Pada tanggal 19hb April nanti, genap usianya 56 tahun, dan secara rasminya juga tamatlah perkhidmatan beliau sebagai seorang guru. Kami begitu menghargai budi dan jasa beliau sebagai 'ibu' di KPBP. Ketiadaan beliau nanti pastinya akan mengundang rindu, bukan sahaja pada murid-murid, malah rakan sekerja guru yang lain. Janganlah lupa kami disini. Terima kasih Cikgu Bidah.


















Special Science Day

Pusat Sains Negara dengan kerjasama Kementerian Sains , Teknologi dan Inovasi telah menganjurkan Special Science Day pada 16hb hingga 17hb April 2008. Program 2 hari bersama warga istimewa dan warga emas ini telah menarik minat ribuan pengunjung untuk bersama-sama meneroka alam sains. Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya pemeriksaan kesihatan , melawat Taman Pendidikan Sains, lawatan ke galeri pameran , eksperimen sains , aktiviti Bioteknologi dan pelbagai lagi.
Pameran Angkasawan juga turut diadakan dimana calon angkasawan Negara yang kedua iaitu Dr Mejar Faiz telah turun padang untuk berkongsi pengalaman beliau sepanjang menjalani latihan di Rusia. Murid-murid Pendidikan Khas dari SK Selayang Jaya berpeluang beramah mesra dengan beliau. Diharap program sebegini akan diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang supaya sedikit sebanyak ia dapat menarik minat murid untuk mendalami ilmu sains yang unik dan penuh misteri.

05 April 2008

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1429


Majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan pada 4 April 2008. Majlis yang bertema "MENJANA UMMAH GEMILANG" ini adalah anjuran panitia Agama Islam SKSJ.Pelbagai acara telah diadakan untuk memperingati Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad S.A.W. Antaranya pertandingan perarakan dan berselawat ke atas nabi, ceramah maulidur rasul, tayangan jejak rasul dan persembahan murid.

Program Pendidikan Pemakanan

Beberapa orang mahasiswa kursus Jabatan Pemakanan & Dietetik Universiti Kebangsaan Malaysia telah menjalankan perkhidmatan dietetik Masyarakat di KPBP Selayang Jaya. Projek yang diselia oleh Pn Noor Safiza Mohd Noor ini terkandung dalam kajian bertajuk "Penyelidikan Pemakanan Di Kalangan Guru-guru dan Kanak-Kanak Pendidikan Khas. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah lukisan mural dam di sepanjang koridor KPBP SKSJ. Antara tujuan utama program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan makanan yang seimbang di kalangan murid-murid. Diharap projek ini akan memberi manfaat kepada para pelajar. InsyaAllah.

Majlis Tilawah Al-Quran Pendidikan Khas Daerah Gombak

Image Hosted by ImageShack.us


Majlis Tilawah Al Quran Pendidikan Khas Daerah Gombak telah diadakan pada 27 Mac 2008, bertempat di SK Sungai Buloh. KPBP SKSJ telah mengambil bahagian di dalam 3 acara iaitu azan subuh, nasyid dan bercerita kisah nabi. Nurul Atikah Naharuddin yang mengambil bahagian dalam pertandingan bercerita kisah nabi berjaya meraih tempat ketiga. Walaupun tidak berjaya bagi acara nasyid, namun pasukan kami tidak berputus asa dan akan berusaha lebih gigih untuk tahun-tahun akan datang.

Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Daerah Gombak

Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Daerah Gombak telah diadakan pada 5 Februari 2008, bertempat di Stadium Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Kejohanan terbabit disertai oleh 13 buah sekolah rendah dan 2 buah sekolah menengah daerah Gombak. Upacara perasmian teah isempurnakan oleh Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, Tuan Haji Ahmad Bin Abdul Rashid. Sekolah Menengah Bukit Rahman Putra telah dinobatkan sebagai johan keseluruhan kejohanan. Walaupun KPBP SKSJ tidak berjaya meraih sebarang pingat, namun semangat kesukanan mereka tidak pernah luntur.

"Majulah Sukan Untuk Negara"

Carta Organisasi KPBP SKSJ

Carta Organisasi

unit pendidikan khas pendidikan khas masalah pembelajaran kpbp pkbp ppki kanak-kanak istimewa kanak-kanak berkeperluan khas ciri-ciri kanak-kanak khas autisme sindrom down hiperaktif cerebral palsi disleksia brain gym terapi untuk kanak-kanak khas terapi kuda terapi renang terapi muzik taman teraputik refleksiologi senarai sekolah khas sk selayang jaya sksj himpunan sajak kanak-kanak