SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI, SEKOLAH KEBANGSAAN SELAYANG JAYA. WARGA PPKI SKSJ MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN SAUDARA SAUDARI


20 May 2008

Lawatan Sambil Belajar Ke Kilang Gardenia

KPBP SKSJ telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke Kilang Gardenia, Seksyen 23 Shah Alam pada 20 Mei 2008. Rombongan seramai 44 orang ini bertolak dari SK Selayang Jaya pada pukul 9.00 pagi dan tiba di kilang tersebut pada pukul 10 pagi. Setibanya di sana , kami dibawa ke conference room untuk melihat klip video pemprosesan roti daripada gandum hinggalah selesai dibungkus dan dipasarkan. Seterusnya, kami dibawa ke dalam kilang untuk melihat dengan lebih dekat pembuatan roti dijalankan. Walaubagaimanapun, kami telah diberitahu lebih awal oleh pihak Gardenia agar tidak mengambil gambar sepanjang lawatan tersebut. Bau harum roti membuatkan perut kami mula berkeroncong. Daripada proses menguli hinggalah pembungkusan, semuanya dilakukan dengan menggunakan mesin. Namun, pekerja-pekerjanya nampaknya begitu cekap menjalankan tugas masing-masing. Setiap proses dipantau agar mutu roti terjaga.
Selesai lawatan, setiap pelawat dihadiahkan ole-ole dari pihak Gardenia berupa bungkusan roti. Terima Kasih Daun Keladi. Kemudiannya, kami melawat Taman Tasik Shah Alam di Seksyen 2. Murid-murid berpeluang bermain di taman permainan. Bahkan guru-guru juga tidak melepaskan peluang untuk beristirehat dan merehatkan minda bermain buaian bersama murid-murid. Lawatan berakhir pada pukul 2.00 petang.




19 May 2008

Hari Keluarga SKSJ, Sunshine Bay Resort, PD

Sempena sambutan Hari Guru pada tahun ini, Badan Kebajikan Guru Dan Kakitangan (BKGK) Sk Selayang Jaya telah menganjurkan hari keluarga buat warga-warga pendidik SKSJ. Program 2 hari semalam yang diadakan di Sunshine Bay Resort, Port Dickson ini telah disertai oleh hampir 35 keluarga. Sambutan agak menggalakkan dari ahli BKGK adalah berikutan cuti Wesak jatuh pada hari Isnin berikutnya. Kebanyakan mereka mengambil peluang cuti panjang ini untuk bersantai bersama keluarga. Program bermula pada pukul 4.30 petang dengan acara sukaneka. Guru-guru dan ahli keluarga masing-masing yang dibahagikan mengikut kategori umur, bermain pelbagai acara sukaneka seperti ‘bom beracun’, ‘telefon berkarat’ dan ‘kembar siam’. Walaupun hadiah yang diperoleh tidak seberapa, namun apa yang lebih penting adalah bermain dan berseronok.
Pada malamnya pula, kami dihidangkan dengan sajian BBQ oleh pihak hotel. Majlis makan malam dimeriahkan lagi dengan penyampaian hadiah cabutan bertuah. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tah siapa yang tahu. Bagi yang bernasib baik, pulang membawa hamper besar. Namun tak kurang juga yang pulang dengan hanya sekaki payung. Apa yang penting, tiada yang pulang dengan tangan kosong. Tahniah dan penghargaan kami tujukan kepada ahli-ahli BKGK, Pn Samsiah dan Pn Rokiah terutamanya yang berusaha mencari penaja dan dana untuk cabutan bertuah tersebut.

Pada hari kedua program, seawal 7.30 pagi lagi acara aerobik telah dimulakan. Oleh kerana permintaan dari guru-guru, aerobik pagi itu dimulakan dengan tarian poco-poco. Kelihatannya tarian poco-poco ini mula mendapat sambutan semenjak dipersembahkan oleh Rumah Kuning pada temasya sukan yang lalu. Seterusnya, acara diteruskan lagi dengan tarian aerobik lagu bangra yang diketuai oleh pasangan adik beradik, Farisya dan Fazrina. Gelek jangan tak gelek dik...
Seusai beraerobik, kami bergerak pula ke pantai untuk aktiviti permainan pantai iaitu bola baling dan bola beracun. Masing-masing nampaknya bersemangat untuk bersukan. Masakan tidak, di sekolah masing-masing sibuk mengajar anak murid hingga tiada masa untuk menunjuk bakat kesukanan masing-masing. Setelah hampir sejam bermain, kami diberi peluang untuk menjalankan aktiviti bebas. Ada yang terjun ke laut, ada yang sibuk dengan ‘babana boat’ dan ramai juga yang tak lepaskan peluang mandi di kolam renang.
Tepat jam 12 tengahari, semua diminta mendaftar keluar dari hotel. Dengan itu, berakhirlah sudah hari keluarga SKSJ tahun ini. Semoga objektif pelaksanaannya untuk merapatkan hubungan silturrahim sesama guru tercapai, insyaALLAH..



Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah SK Selayang Jaya

Tanggal 16 Mei 2008 adalah hari yang dinanti-nantikan oleh semua warga pendidik. Pada tarikh keramat itulah semua insan yang bergelar guru, cikgu, laoshi mahupun sensei diraikan untuk memperingati jasa dan bakti mereka dalam mendidik anak bangsa. Dengan tema “Guru Cemerlang, Negara Terbilang”, hari guru diraikan dengan penuh meriah di segenap pelusuk negara.
SK Selayang Jaya dengan kerjasama Badan Kebajikan Kakitangan Dan Guru (BKGK) telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah pada tahun ini. Seawal 8.00 pagi lagi, para pelajar SKSJ telah berhimpun di dewan SKSJ untuk menanti majlis bermula. Warga gurunya pula beratur di luar dewan untuk menanti saat diarak masuk ke pentas dengan iringan paluan kompang dan bunga manggar, persis raja sehari. Sesungguhnya kejutan yang dibuat BKGK pada tahun ini ‘menjadi’. Masing-masing kacak dan cantik dengan busana biru, tema pakaian pada majlis itu.
Pelbagai acara diatur dengan teliti untuk memastikan kelancaran majlis. Tidak ketinggalan persembahan dari murid-murid SKSJ. Baik nyanyian, tarian, sajak, sketsa mahupun persembahan gimria, masing-masing berusaha memberikan persembahan yang terhebat buat guru-guru tersayang. KPBP SKSJ pada tahun ini mempersembahkan sketsa dan tarian “Chicken Dance” serta persembahan nyanyian solo lagu Hati Emas dari adik Arif Hafizie. Aksi lincah kanak-kanak khas ini cukup menggeletek hati para penonton.

Majlis dimeriahkan lagi dengan acara sukaneka guru-guru. Aksi guru-guru lelaki mengupas bawang mengundang gelak tawa isi dewan. Masakan tidak, ketika inilah murid-murid dapat melihat kehebatan guru-guru kacak mereka membuat kerja dapur. Perkara yang mungkin jarang-jarang benar dapat dilihat dalam kehidupan sebenar. Begitu juga halnya dengan guru-guru wanita yang bersaing mengikat tali leher. Aduhai guru... Menepuk dahi pabila murid pula yang beria-beria mengajar guru. Namun, hubungan mesra antara murid dan guru seperti inilah yang diinginkan di sekolah.
Semoga warga pendidik kita terus tabah dan bersemangat meneruskan kerjaya mereka yang dipandang mulia disisi masyarakat. “Guru Cemerlang, Negara Terbilang”


15 May 2008

Bowling Tournament

KPBP SKSJ telah menghantar 2 orang murid untuk menyertai perlawanan bowling Karnival Permainan yang dianjurkan olek SK Taman Desa 2. Perlawanan yang diadakan di Selayang Mall itu hanya disertai oleh beberapa buah sekolah, namun setiap peserta tetap memberikan saingan yang hebat. Penganjuran perlawanan ini adalah untuk memilih pemain untuk mewakili daerah Gombak ke peringkat kebangsaan.
Kelvin Tan Kien Hoe dan Nur Baziera hanya sekadar meraih tempat ketiga bagi kategori junior. Namun, apa yang lebih menarik, guru-guru pengiring juga diberi peluang bertanding dalam kategori bebas pegawai. Cik Haslina dari KPBP SKSJ berjaya meraih naib johan bagi kategori wanita. Moga-moga perlawanan sebegini akan diteruskan lagi pada tahun hadapan dengan penyertaan yang lebih banyak dari sekolah-sekolah pendidikan khas daerah Gombak.

Karnival Permainan Pendidikan Khas Daerah Gombak 2008

Karnival Permainan Pendidikan Khas Daerah Gombak yang dikelolakan olek KPBP SK Selayang Jaya telah diadakan pada 13 Mei 2008 yang lalu. Objektif pelaksanaannya adalah untuk memberi peluang sama rata kepada kanak-kanak berkeperluan khas di Daerah Gombak untuk menunjukkan bakat mereka dalam bidang sukan dan permainan sekaligus memilih mereka yang berkebolehan untuk mewakili peringkat daerah. 2 acara dipertandingkan iaitu perlawanan futsal bagi pelajar lelaki dan bola jaring bagi pelajar perempuan.
Perlawanan bola jaring diadakan di padang SKSJ, dan futsal pula di New Star Pro Center, Bandar Sri Damansara. Sebanyak 12 sekolah mengambil bahagian dalam karnival ini, termasuklah KPBP SK Taman Permata yang baharu sahaja dibuka. Kedua-dua perlawanan berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. SK Taman Desa 2 mengungguli dengan mengondol emas bagi kedua-dua perlawanan futsal dan bola jaring. Walaupun pasukan KPBP SKSJ hanya sekadar meraih hadiah saguhati, namun semangat mereka tidak pernah luntur.

Dengan ini, kami selaku tuan rumah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan karnival ini. Moga-moga karnival ini dapat diteruskan pada tahun hadapan dengan lebih jayanya.


13 May 2008

Program Homestay di Dorani Homestay, Sg Besar


Pada 10 dan 11hb Mei yang lalu, Panitia Pendidikan Khas Daerah Gombak telah menganjurkan Homestay Pendidikan Khas bertempat di Kampong Sungai Haji Dorani, Sungai Besar Selangor. Program 2 hari semalam yang dikelolakan oleh SK Bukit Rahman Putra ini melibatkan 12 buah sekolah integrasi pendidikan khas daerah Gombak bermasalah pendengaran dan pembelajaran. Objektif program ini adalah untuk memberi peluang kepada murid-murid untuk merasai sendiri suasana sebenar di persekitaran kampong dan memahami khazanah alam ciptaan Tuhan yang mempunyai nilai komersial dan harus diguna pakai dengan sebaik mungkin. Antara lain adalah untuk meningkatkan daya tahan jasmani murid-murid sepanjang menjalani aktiviti program tersebut.

KPBP SKSJ turut serta dalam program ini dengan menghantar 7 orang murid di bawah pengawasan 2 orang guru, Cik Haslina dan Cik Nor Asmiyah. Pelbagai aktiviti telah dirancang dan dilaksana dengan baik oleh pihak penganjur. Antaranya aktiviti memancing, mencanting batik dan membuat layang-layang. Murid-murid begitu teruja dan bersemangat dalam semua aktiviti, mungkin juga kerana inilah pertama kali mereka didedahkan dengan aktiviti-aktiviti sebegitu.


Pada malamnya pula, para peserta dipersembahkan dengan tarian kuda kepang oleh belia Kg Haji Dorani. Kami juga diberi peluang untuk belajar menari kuda kepang. Namun begitu, cuaca yang tidak mengizinkan menyebabkan program malam kebudayaan terpaksa dihentikan lebih awal. Walaubagaimanapun, pasukan kuda kepang belia Kg Dorani menutup kekecewaan kami dengan persembahan penutup yang begitu hebat. Kehadiran ‘barongan’ menyebabkan murid-murid bertempiaran lari dan tidak kurang juga ada yang melompat duduk di pangkuan guru. Hari kedua program, para peserta di bawa melawat Industri Kecil Sederhana (IKS) di sekitar kampong yang mengusahakan kilang kerepek , bahulu dan nata de coco. Murid-murid berpeluang untuk membeli buah tangan buat keluarga pada harga rendah berbanding yang dijual di pasaraya. Pada majlis penutup, para peserta dihadiahkan kain batik yang decanting sendiri pada hari pertama program.

Di kesempatan ini, kami murid-murid dan guru KPBP SKSJ mengucapkan jutaan terima kasih kepada keluarga Wak Yatim ( Keluarga angkat KPBP SKSJ) yang menyambut kedatangan kami dengan hati yang terbuka. Semoga ukhwah antara kita terus terjalin.

Majlis Sambutan Hari Jadi KPBP SKSJ

Pada 8hb Mei yang lalu, telah diadakan Majlis Sambutan Hari Jadi Pendidikan Khas SKSJ. Majlis ini diadakan untuk meraikan murid-murid KPBP yang menyambut hari lahir sepanjang Januari hingga Jun 2008. Lebih menarik lagi apabila hari lahir salah seorang guru KPBP SKSJ, Puan Khamisah Binti Nik jatuh pada hari tersebut.

Majlis tersebut turut dimeriahkan lagi dengan acara sukaneka seperti boling, music chair, kotak beracun dan panah asmara. Hadiah-hadiah sukaneka telah disampaikan oleh Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas SKSJ, Pn Yasmin Azra Aziz Mohd.

Apabila tiba waktu menyanyikan lagu “Selamat Hari Jadi”, warga KPBP SKSJ terpegun dengan persembahan organ secara solo oleh Cikgu Azlina yang selama ini “menyembunyikan” bakat beliau.



Di kesempatan ini, pihak kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Secret Recipe cawangan Taman Seri Gombak yang bermurah hati menyumbangkan kek untuk majlis sambutan hari jadi ini. Tidak dilupakan kepada ibu-bapa dan guru-guru yang menyumbangkan makanan dan hadiah untuk murid-murid. Terima Kasih Daun Keladi.


Temasya Sukan Olahraga & Sukaneka SK Selayang Jaya


Kejohanan sukan olahraga dan sukaneka Sekolah Kebangsaan Selayang Jaya telah diadakan pada 27hb April 2008 bertempat di padang SKSJ. Kejohanan yang bermula seawal 8.30 pagi ini dimulakan dengan perarakan masuk pembawa bendera kejohanan diikuti oleh unit-unit beruniform, rumah-rumah sukan, pra sekolah dan tidak terkecuali warga Pendidikan Khas SKSJ. Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan dari setiap rumah sukan.
Antaranya sketsa dan nyanyian Aspalela dari rumah Biru dan aerobik Poco-Poco dari rumah kuning. Aksi murid-murid Pendidikan Khas (KPBP SKSJ) yang mempersembahkan ‘Asparobik’ juga turut mendapat tepukan yang gemuruh dari para hadirin.KPBP SKSJ mengambil bahagian dalam 2 acara sukaneka iaitu acara baling pundi kacang ke dalam bakul dan acara baling gelung getah ke dalam kon. Walaupun setiap murid bakal mendapat hadiah yang sama, namun mereka tetap bersemangat untuk bersaing sesama sendiri.
Ibu-bapa juga turut memberi dorongan dan kata-kata semangat buat anak- anak mereka. Terima kasih kami ucapkan.Rumah Biru dinobatkan sebagai johan keseluruhan kejohanan. Walaupun keletihan, namun murid-murid dan para guru sedikit terubat dengan pengumuman cuti peristiwa pada 28hb yang disampaikan oleh Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum, Pn Zaharah Binti Abu Din.

12 May 2008

Program Pemakanan "Bersuka Ria Bersama Sayur-sayuran & Buah-buahan







Himpunan Sajak Khas Untuk Kanak2 Istimewa

::Himpunan Sajak::


Sajak-sajak ini dihimpunkan khas untuk kanak-kanak istimewa. Sayangilah mereka seadanya. Kasih sayang anda sudah cukup membahagiakan mereka.

::Wishes In The Dark::
Sometimes when she's sleeping
I can see in my mind's eye
the little girl I thought I had,
the one who said good-bye.
Sometimes when she's sleeping
folded by her cheek
I close my eyes and see before me
a child who can speak.
Sometimes when she's sleeping
she seems so whole and well
I can't believe she won't awaken
with dreams of which to tell.
Sometimes when she's sleeping
and the tears in my eyes overflow,
I steal what kisses I can in the dark
and wonder what joys she will know.

Sometimes when she's sleeping
and my eyes ache with tears unshed,
I pray she'll always be full of peace
as she slumbers in her bed.
Sometimes when she's sleeping
I can almost hear her say
"I love you, Mom, with my heart
and my soul, each and every day".
But always when she's sleeping
I am full of pride
at the miracle that is my daughter
and the perfection that is inside

::I Am The Child::
I am the child who cannot talk.
You often pity me, I see it in your eyes.
You wonder how much I am aware of - I see that as well.
I am aware of much - whether you are happy or sad or fearful,
patient or impatient, full of love and desire,
or if you are just doing your duty by me.
I marvel at your frustration, knowing mine to be far greater,f
or I cannot express myself or my needs as you do.

You cannot conceive my isolation, so complete it is at times.
I do not gift you with clever conversation, cute remarks to be laughed over and repeated.
I do not give you answers to your everyday questions, responses over my well-being, sharing my needs, or comments about the world about me.
I do not give you rewards as defined by the world's standards -
great strides in development that you can credit yourself.
I do not give you understanding as you know it.

What I give you is so much more valuable - I give you instead opportunities.
to discover the depth of your character, not mine;
the depth of your love, your commitment, your patience, your abilities;
the opportunity to explore your spirit more deeply than you imagined possible.
I drive you further than you would ever go on your own,
working harder, seeking answers to your many questions with no answers.
I am the child who cannot talk.

I am the child who cannot walk.
The world seems to pass me by.
You see the longing in my eyes to get out of this chair,
to run and play like other children. There is much you take for granted.
I want the toys on the shelf, I need to go to the bathroom, oh I've dropped my fork again.
I am dependant on you in these ways.
My gift to you is to make you more aware of your great fortune,
your healthy back and legs, your ability to do for yourself.
Sometimes people appear not to notice me; I always notice them.
I feel not so much envy as desire, desire to stand upright,
to put one foot in front of the other, to be independent.
I give you awareness.
I am the child who cannot walk.

I am the child who is mentally impaired.
I don't learn easily, if you judge me by the world's measuring stick,
what I do know is infinite joy in simple things.
I am not burdened as you are with the strifes and conflicts of a more complicated life.
My gift to you is to grant you the freedom to enjoy things as a child,
to teach you how much your arms around me mean, to give you love.
I give you the gift of simplicity.
I am the child who is mentally impaired.
I am the disabled child.
I am your teacher.
If you allow me, I will teach you what is really important in life.
I will give you and teach you unconditional love.
I gift you with my innocent trust, my dependency upon you.
I teach you about how precious this life is and about not taking things for granted.
I teach you about forgetting your own needs and desires and dreams.
I teach you giving.
Most of all I teach you hope and faith.
I am the disabled child.

::Mother of A Special Child::

When I was young, I'd often say, I'd like to be a mom someday
While playing with my baby doll, I thought that jobs not hard at all
I'd have a baby, maybe two, a girl in pink...a boy in blue
Well I grew up and sure enough,
The baby that was sent to me, was born with disabilities
At first I'm frightened through and through, there's much to learn to care for you
This wasn't in my plans at all, when I was young and played with dolls
Your mind and body were so weak, you might not ever walk or speak
So much special care required, I'm often scared and often tired
As months and years go slowly by, I smile a lot but sometimes cry
To watch you grow and not complain, though you endure your share of pain
Oh, how I'd hold you and I'd pray, that you'd be healed and whole someday
But I knew that was not to be, not physically or mentally
And so I taught you best I could, your progress wasn't very good
But then one day I realized, as I gazed into your loving eyes
That I had learned so much from you, determination...courage too
A love so unconditional, it floods my soul and always will
I'm proud to say I gave you birth, for you're an angel here on earth.


::HEAVEN'S Very Special Child::

His progress may be very slow,
Accomplishments he may not show.
And he'll require extra care
From the folks he meets down there.
He may not run or laugh or play,
His thoughts may seem quite far away,
In many ways he won't adapt,
And he'll be known as handicapped.
So let's be careful where he's sent,
We want his life to be content.
Please GOD, find the parents who
Will do a special job for you.
They will not realize right away
The leading role they're asked to play,
But with this child sent from above
Comes stronger faith and richer love.
And soon they'll know the privilege given
In caring for their gift from Heaven.
Their precious charge, so meek and mild,
Is HEAVEN'S VERY SPECIAL CHILD.



::God’s Special Child::

I’m sending you a special child,
To cherish in my name,
For you to love with all your heart,
And teach him just the same.

For he is not like other babies,
Not will ever be,
But you can love him just the same,
And take care of him for me.

He needs to learn the skills of life,
For that I’ve chosen you,
And with your love to guide him,
I know you’ll see him through.


Don’t try to see the future,
I promise that to none,
Just live each day for all its,
Worth and enjoy my special one.

unit pendidikan khas pendidikan khas masalah pembelajaran kpbp pkbp ppki kanak-kanak istimewa kanak-kanak berkeperluan khas ciri-ciri kanak-kanak khas autisme sindrom down hiperaktif cerebral palsi disleksia brain gym terapi untuk kanak-kanak khas terapi kuda terapi renang terapi muzik taman teraputik refleksiologi senarai sekolah khas sk selayang jaya sksj himpunan sajak kanak-kanak