SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI KELAS PROGRAM BERMASALAH PEMBELAJARAN SEKOLAH KEBANGSAAN SELAYANG JAYA. WARGA KPBP SKSJ MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN SAUDARA SAUDARI


::PROGRAM AKAN DATANG::







PERTANDINGAN BOWLING PEND. KHAS DAERAH GOMBAK
TARIKH : 5 OKTOBER 2009
TEMPAT : SUPER BOWL , SELAYANG MALL



PERKHEMAHAN PENDIDIKAN KHAS
TARIKH : 8 - 9 OKTOBER 2009

PERASMIAN BULAN PENDIDIKAN KHAS
TARIKH : 12 OKTOBER 2009
**KPBP SKSJ ADA MENJUAL WAFER DI BLOK PEND. KHAS. SEPANJANG BULAN PENDIDIKAN KHAS**

Image Hosted by ImageShack.us


CUTI DEEPAVALI
TARIKH : 16 - 19 OKTOBER 2009

PERASMIAN PENUTUP BULAN PENDIDIKAN KHAS
TARIKH : 26 OKTOBER 2009

Swim Theraphy
TERAPI RENANG
TEMPAT : KELAB PERANGSANG, TEMPLER
TARIKH : DITANGGUHKAN SEHINGGA DIBERITAHU KELAK

Image Hosted by ImageShack.us
TERAPI KUDA
TEMPAT : JELAPANG WARISAN, SG.BULOH
TARIKH : DITANGGUHKAN SEHINGGA DIBERITAHU KELAK

Image Hosted by ImageShack.us


::CAPAIAN BLOG::

13 May 2008

Program Homestay di Dorani Homestay, Sg Besar


Pada 10 dan 11hb Mei yang lalu, Panitia Pendidikan Khas Daerah Gombak telah menganjurkan Homestay Pendidikan Khas bertempat di Kampong Sungai Haji Dorani, Sungai Besar Selangor. Program 2 hari semalam yang dikelolakan oleh SK Bukit Rahman Putra ini melibatkan 12 buah sekolah integrasi pendidikan khas daerah Gombak bermasalah pendengaran dan pembelajaran. Objektif program ini adalah untuk memberi peluang kepada murid-murid untuk merasai sendiri suasana sebenar di persekitaran kampong dan memahami khazanah alam ciptaan Tuhan yang mempunyai nilai komersial dan harus diguna pakai dengan sebaik mungkin. Antara lain adalah untuk meningkatkan daya tahan jasmani murid-murid sepanjang menjalani aktiviti program tersebut.

KPBP SKSJ turut serta dalam program ini dengan menghantar 7 orang murid di bawah pengawasan 2 orang guru, Cik Haslina dan Cik Nor Asmiyah. Pelbagai aktiviti telah dirancang dan dilaksana dengan baik oleh pihak penganjur. Antaranya aktiviti memancing, mencanting batik dan membuat layang-layang. Murid-murid begitu teruja dan bersemangat dalam semua aktiviti, mungkin juga kerana inilah pertama kali mereka didedahkan dengan aktiviti-aktiviti sebegitu.


Pada malamnya pula, para peserta dipersembahkan dengan tarian kuda kepang oleh belia Kg Haji Dorani. Kami juga diberi peluang untuk belajar menari kuda kepang. Namun begitu, cuaca yang tidak mengizinkan menyebabkan program malam kebudayaan terpaksa dihentikan lebih awal. Walaubagaimanapun, pasukan kuda kepang belia Kg Dorani menutup kekecewaan kami dengan persembahan penutup yang begitu hebat. Kehadiran ‘barongan’ menyebabkan murid-murid bertempiaran lari dan tidak kurang juga ada yang melompat duduk di pangkuan guru. Hari kedua program, para peserta di bawa melawat Industri Kecil Sederhana (IKS) di sekitar kampong yang mengusahakan kilang kerepek , bahulu dan nata de coco. Murid-murid berpeluang untuk membeli buah tangan buat keluarga pada harga rendah berbanding yang dijual di pasaraya. Pada majlis penutup, para peserta dihadiahkan kain batik yang decanting sendiri pada hari pertama program.

Di kesempatan ini, kami murid-murid dan guru KPBP SKSJ mengucapkan jutaan terima kasih kepada keluarga Wak Yatim ( Keluarga angkat KPBP SKSJ) yang menyambut kedatangan kami dengan hati yang terbuka. Semoga ukhwah antara kita terus terjalin.

unit pendidikan khas pendidikan khas masalah pembelajaran kpbp pkbp ppki kanak-kanak istimewa kanak-kanak berkeperluan khas ciri-ciri kanak-kanak khas autisme sindrom down hiperaktif cerebral palsi disleksia brain gym terapi untuk kanak-kanak khas terapi kuda terapi renang terapi muzik taman teraputik refleksiologi senarai sekolah khas sk selayang jaya sksj himpunan sajak kanak-kanak