SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI, SEKOLAH KEBANGSAAN SELAYANG JAYA. WARGA PPKI SKSJ MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN SAUDARA SAUDARI


15 May 2008

Bowling Tournament

KPBP SKSJ telah menghantar 2 orang murid untuk menyertai perlawanan bowling Karnival Permainan yang dianjurkan olek SK Taman Desa 2. Perlawanan yang diadakan di Selayang Mall itu hanya disertai oleh beberapa buah sekolah, namun setiap peserta tetap memberikan saingan yang hebat. Penganjuran perlawanan ini adalah untuk memilih pemain untuk mewakili daerah Gombak ke peringkat kebangsaan.
Kelvin Tan Kien Hoe dan Nur Baziera hanya sekadar meraih tempat ketiga bagi kategori junior. Namun, apa yang lebih menarik, guru-guru pengiring juga diberi peluang bertanding dalam kategori bebas pegawai. Cik Haslina dari KPBP SKSJ berjaya meraih naib johan bagi kategori wanita. Moga-moga perlawanan sebegini akan diteruskan lagi pada tahun hadapan dengan penyertaan yang lebih banyak dari sekolah-sekolah pendidikan khas daerah Gombak.

unit pendidikan khas pendidikan khas masalah pembelajaran kpbp pkbp ppki kanak-kanak istimewa kanak-kanak berkeperluan khas ciri-ciri kanak-kanak khas autisme sindrom down hiperaktif cerebral palsi disleksia brain gym terapi untuk kanak-kanak khas terapi kuda terapi renang terapi muzik taman teraputik refleksiologi senarai sekolah khas sk selayang jaya sksj himpunan sajak kanak-kanak