25 October 2008
Perkhemahan Pendidikan Khas
Friendly Relationship Through Pictures
Pada 22hb Oktober 2008 yang lalu, KPBP SKSJ telah menghantar 2 orang murid, Yau Shyh Weng dan Muhammad Iklil untuk menyertai pertandingan melukis "Friendly Relationship Through Pictures" di SK Gombak Setia. Program ini dianjurkan oleh MAY Asaka Center, Jepun (May Library) untuk mengeratkan tali silaturrahim antara Malaysia dan Jepun dalam mendalami kebudayaan antara kedua-dua negara. Tahun lepas, KPBP SKSJ berjaya merangkul hadiah johan melalui adik Teng Zao Yong. Walaupun tahun ini kami tidak dapat mengulangi kejayaan seperti tahun lepas, namun semangat murid-murid tidak pernah luntur. Sesungguhnya kami amat berbesar hati kerana kanak-kanak pendidikan khas diberi peluang untuk turut sama melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti bertaraf antarabangsa seperti ini. Semoga program ini akan diteruskan lagi di tahun akan datang.
.jpg)
12 October 2008
Perasmian Bulan Pendidikan Khas 2008
Perasmian Bulan Pendidikan Khas 2008 telah diadakan pada 13 Oktober 2008 dan disempurnakan oleh Guru Besar SKSJ, Pn Jamilah Abdul Rahman. Murid-murid KPBP mempersembahkan senam aerobik dan Brain Gym. Sepanjang bulan Oktober ini, KPBP SKSJ telah merancang beberapa aktiviti antaranya persembahan murid, jualan amal dan pameran poster . 
07 October 2008
18 September 2008
Kerja-kerja Menaik Taraf Blok KPBP SKSJ
15 August 2008
Projek Pembangunan KPBP SKSJ
13 August 2008
KPBP SKSJ On EduWebTV
Alhamdulillah, KPBP SKSJ maju setapak lagi dalam dunia maya apabila produksi EduWebTV berbesar hati untuk mengadakan liputan dan sesi temuramah berkenaan terapi berkuda yang dijalankan kepada murid-murid KPBP.
EduWebTV adalah TV pendidikan berasaskan web yang telah dilancarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan mula disiarkan pada 1 Mac 2008. Terdapat 7 jenis rancangan yang telah disusun iaitu Berita, Wawancara, Akademik, Rencana, Interaktif, Rancangan TV Pendidikan dan Siaran Langsung. Kesemua ini boleh dicapai di alamat http://www.eduwebtv.com pada bila-bila masa.
03 August 2008
Sambutan Hari Lahir Dharshan
25 July 2008
Aktiviti Melukis Mural
17 July 2008
Terapi
11 July 2008
Latihan Pusat Karnival Permainan
04 July 2008
Kursus Terapi Muzik dan Brain Gym Guru-Guru PKBP Daerah Gombak
26 June 2008
Majlis Perpisahan Pn.Khamisah Bt Nik
Lawatan Pendidikan Khas Daerah Gombak Ke Johor
Pada 18 dan 19 Jun 2008 yang lalu, Pendidikan Khas Daerah Gombak telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke Johor Darul Takzim. KPBP SKSJ turut serta menyertai lawatan tersebut yang diwakili oleh 3 orang murid iaitu Nurul Alya Asyikin, Muhd Aisamuddin dan Mohd Mustaqim serta 2 orang guru pengiring, Pn Rahimah dan Cik Nurul Azlina.
Tujuan utama lawatan ini ialah untuk melawat Sekolah Pendidikan Khas (V) Indah Pura di Kulai. Ia bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar tentang peluang-peluang yang boleh diisi oleh golongan OKU. Murid-murid juga berpeluang melihat dengan lebih dekat kursus yang ditawarkan dan bagaimana ia dikendalikan.
Selain daripada melawat sekolah tersebut, murid-murid juga dibawa bersiar-siar di Danga Bay.
20 May 2008
Lawatan Sambil Belajar Ke Kilang Gardenia
Walaubagaimanapun, kami telah diberitahu lebih awal oleh pihak Gardenia agar tidak mengambil gambar sepanjang lawatan tersebut. Bau harum roti membuatkan perut kami mula berkeroncong. Daripada proses menguli hinggalah pembungkusan, semuanya dilakukan dengan menggunakan mesin. Namun, pekerja-pekerjanya nampaknya begitu cekap menjalankan tugas masing-masing. Setiap proses dipantau agar mutu roti terjaga. Selesai lawatan, setiap pelawat dihadiahkan ole-ole dari pihak Gardenia berupa bungkusan roti. Terima Kasih Daun Keladi. Kemudiannya, kami melawat Taman Tasik Shah Alam di Seksyen 2. Murid-murid berpeluang bermain di taman permainan. Bahkan guru-guru juga tidak melepaskan peluang untuk beristirehat dan merehatkan minda bermain buaian bersama murid-murid. Lawatan berakhir pada pukul 2.00 petang.
19 May 2008
Hari Keluarga SKSJ, Sunshine Bay Resort, PD
Pada malamnya pula, kami dihidangkan dengan sajian BBQ oleh pihak hotel. Majlis makan malam dimeriahkan lagi dengan penyampaian hadiah cabutan bertuah. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tah siapa yang tahu. Bagi yang bernasib baik, pulang membawa hamper besar. Namun tak kurang juga yang pulang dengan hanya sekaki payung. Apa yang penting, tiada yang pulang dengan tangan kosong. Tahniah dan penghargaan kami tujukan kepada ahli-ahli BKGK, Pn Samsiah dan Pn Rokiah terutamanya yang berusaha mencari penaja dan dana untuk cabutan bertuah tersebut.
Pada hari kedua program, seawal 7.30 pagi lagi acara aerobik telah dimulakan. Oleh kerana permintaan dari guru-guru, aerobik pagi itu dimulakan dengan tarian poco-poco. Kelihatannya tarian poco-poco ini mula mendapat sambutan semenjak dipersembahkan oleh Rumah Kuning pada temasya sukan yang lalu. Seterusnya, acara diteruskan lagi dengan tarian aerobik lagu bangra yang diketuai oleh pasangan adik beradik, Farisya dan Fazrina. Gelek jangan tak gelek dik...
Seusai beraerobik, kami bergerak pula ke pantai untuk aktiviti permainan pantai iaitu bola baling dan bola beracun. Masing-masing nampaknya bersemangat untuk bersukan. Masakan tidak, di sekolah masing-masing sibuk mengajar anak murid hingga tiada masa untuk menunjuk bakat kesukanan masing-masing. Setelah hampir sejam bermain, kami diberi peluang untuk menjalankan aktiviti bebas. Ada yang terjun ke laut, ada yang sibuk dengan ‘babana boat’ dan ramai juga yang tak lepaskan peluang mandi di kolam renang.
Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah SK Selayang Jaya
Semoga warga pendidik kita terus tabah dan bersemangat meneruskan kerjaya mereka yang dipandang mulia disisi masyarakat. “Guru Cemerlang, Negara Terbilang”
15 May 2008
Bowling Tournament
Karnival Permainan Pendidikan Khas Daerah Gombak 2008
unit pendidikan khas pendidikan khas masalah pembelajaran kpbp pkbp ppki kanak-kanak istimewa kanak-kanak berkeperluan khas ciri-ciri kanak-kanak khas autisme sindrom down hiperaktif cerebral palsi disleksia brain gym terapi untuk kanak-kanak khas terapi kuda terapi renang terapi muzik taman teraputik refleksiologi senarai sekolah khas sk selayang jaya sksj himpunan sajak kanak-kanak
