29 April 2008
17 April 2008
Jamuan Persaraan Puan Bidah Mat Piah
Special Science Day
05 April 2008
Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1429
Program Pendidikan Pemakanan
Majlis Tilawah Al-Quran Pendidikan Khas Daerah Gombak
Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Daerah Gombak
25 March 2008
Kategori Kanak-Kanak Berkeperluan Khas
Hiperaktif dipercayai berpunca daripada gangguan mekanisme sistem saraf. Walaupun faktor genetik, infeksi atau kerosakan pada otak sering dikaitkan sebagai punca penyakit ini, namun faktor- faktor seperti masalah di rumah, toksin, kekurangan zat makanan dan alahan kepada makanan mungkin lebih berpengaruh. Mereka seolah-olah sentiasa cergas dan bertenaga setiap masa.
Ciri-ciri Hiperaktif:
- Tidak boleh duduk diam
- Impulsif
- Tumpuan perhatian singkat
- Suka mengganggu orang lain
- Selalu bercakap banyak
- Selalu tidak mematuhi arahan dan gagal menyiapkan kerja sekolah, kerja harian dan tugas.
Sindrom Down
Ciri-ciri:
- Rambut jarang dan lurus
- Muka leper
- Mata kecil dan senget.
- Lidah tebal
- Jari tangan dan kaki pendek
- Senang dijangkiti penyakit telinga, mata dan hidung
- Leher pendek
Masalah Pertuturan
Masalah pertuturan termasuklah pertuturan awal lewat dan gagap. Percakapan yang merupakan masalah bagi kanak-kanak untuk membentuk pertuturan. Kebiasaannya berlaku di peringkat awal kanak-kanak. Kanak-kanak dalam kumpulan ini merasa serba kekurangan dan gelisah.
Ciri-ciri murid bermasalah pertuturan:
- Kecelaruan pertuturan
- Kecelaruan bahasa
- Masalah artikulasi
- Masalah kelancaran
Tumpuan Perhatian Singkat (ADD/ADHD)
Ciri-Ciri:
- Lambat menyiapkan tugasan
- Mudah terganggu
- Masalan konsentrasi
- Masalah mengurus tugasan
- Cepat lupa
- Impulsif
Autisme
Ciri-ciri:
- Bermasalah komunikasi
- Sukakan rutin
- Sering berada di dalam dunia sendiri
- Ekolalia
- Cederakan diri sendiri
- Kompulsif
- Tidak suka bergaul
- Tidak suka bertentang mata
- Kerencatan bahasa
13 March 2008
Lagu Sekolah
Lencana Sekolah
Pengertian Lencana Buku : Melambangkan ilmu pengetahuan Lilin : Bermaksud imu pengetahuan dapat menerangi hidup Separuh Bulatan : Bermaksud ilmu itu sesuatu yang suci murni Jalur Merah Putih : Mengambil sempena jalur yang terdapat pada jalur gemilang Warna Biru : Melambangkan perpaduan kaum & semangat muhibbah Warna Kuning : Melambangkan kedaulatan raja-raja Warna Merah : Maksudnya berani dan bersemangat dalam pelajaran mahupun kokurikulum “Berpendidikan , Berilmu , Berbakti “ Bermaksud insan yang berpendidikan dapat menggunakan ilmu pengetahuan yang diperolehi untuk memberi sembangan yang berguna pada Negara, Bangsa & Agama |
12 March 2008
Mari Belajar
::Origami:: |
::Resepi:: |
Berikut adalah beberapa resepi mudah yang boleh diajar kepada murid-murid khas semasa kelas kemahiran hidup
Agar-Agar Marble | |||||||||||
Bahan | 4 sudu besar tepung kastad | ||||||||||
Cara | Masak agar-agar dengan 6 gelas air sehingga mendidih. Bila telah hancur masukkan gula. Sementara menunggu gula hancur, boleh bancuhkan bahan-bahan untuk campuran agar-agar. Pukul telur dengan mentega sehingga kembang. Setelah itu masukkan susu cair dan tepung kastad sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Setelah itu tuangkan adunan ke dalam agar-agar tadi kemudian kacaukan hingga rata. Sesudah sebati dan kelihatan agak pekat bolehlah diangkat dan bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu adunan dicampurkan dengan koko dan satu lagi tanpa warna. Masukkan ke dalam acuan berselang-seli kemudian sejukkan. | ||||||||||
Puding Batik | |||||||||||
Bahan | 5 biji telur (pukul sekejap) | ||||||||||
Cara | Sediakan kuali. Masukkan susu cair, gula dan serbuk koko. Nyalakan api. Kacau sehingga serbuk koko bergaul rata dengan susu dan gula. Apabila mendidih, masukkan butter. Kacau hingga butter cair. Kemudian masukkan telur yang telah dipukul. Perlahankan api. Kacau sehingga sebati. Masukkan biskut marie. Tutup api. Gaul sehingga keseluruhan biskut marie dilitupi coklat.Sediakan loyang yang dilapik dengan kertas minyak. Kaup adunan ke dalam loyang. Tekan dengan senduk plastik sehingga mampat. Ratakan topping coklat ke atas adunan. Masukkan dalam peti sejuk sehingga keesokan hari. | ||||||||||
Aiskrim | |||||||||||
Bahan | 270 g coffemate (creamer tepung) | ||||||||||
Cara | Bancuh coffemate, gula halus dan susu segar. Kacau dgn wisk hingga semua larut dan sebati. Simpan dalam peti sejuk (bahagian beku) 4 - 5 jam sehingga 3/4 beku). | ||||||||||
Chocolate Chips Muffin | |||||||||||
Bahan | 125g butter | ||||||||||
Cara | Masukkan mentega, gula, telur, serbuk koko dan tepung kedalam mesin pengadun (Mixer). Pukul sebentar dan campurkan coklat cair dan chocolate chips. Masukkan kedalam mangkuk kertas . Taburkan dengan chocolate chips lagi diatasnya jika suka. Bakar dalam ketuhar yang sudah dipanaskan selama 15 minit ~ 175C. | ||||||||||
Bergedil Ayam | |||||||||||
Bahan | 1 tangkai lada merah ditumbuk halus (optional) | ||||||||||
Cara | Panaskan seikit minyak, tumis bawang kecil hingga bangkit bau.. Masukkan ayam dan lobak tumis hingga rata. Setelah lobak dan ayam masak, angkat dan ketepikan. Didalam sebuah bekas, satukan semua bahan. Kentang yang sudah dilecek, ayam/lobak, bawang goreng, daun ketumbar, serbuk lada hitam dan garam. Buat begedil bebentuk bujur dan selaputkan dengan telur lalu digoreng dengan api perlahan. Cicah bersama sos cili. | ||||||||||
11 March 2008
Imbauan Sejarah Penubuhan
| Program Kelas Pendidikan Khas (Bermasalah Pembelajaran) Sekolah Kebangsaan Selayang Jaya telah ditubuhkan pada April 1998. Pada mulanya kelas ini mempunyai 8 orang murid dan 4 orang guru. Kelas ini telah ditubuhkan hasil ilham Guru Besar waktu itu iaitu Pn Siti Rahmah binti Buhairah yang bersimpati dengan sesetengah murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran. Pada awalnya kelas ini telah ditempatkan di bangunan blok A, namun pada pertengahan tahun 1999 pihak sekolah telah memperbaiki bangunan kayu di hujung padang dengan peruntukan yang diberikan oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Selain pihak sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru dan Badan Kebajikan Ibu Bapa dan Guru-Guru Kelas Pendidikan Khas sekolah ini telah bersama-sama mengembeling tenaga dalam menjana pembangunan kelas pendidikan khas ini demi keperluan semasa tanpa membanding beza murid istimewa ini dengan murid biasa. Dari situlah, Program Kelas Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Selayang Jaya mula mengorak langkah dengan menambah bilangan muridnya dari masa ke masa mengikut kemampuan tenaga pengajar. Mungkin ini adalah satu petanda tahap kesedaran masyarakat terhadap kepentingan dan tanggungjawab memberi didikan terhadap kanak-kanak istimewa semakin meningkat. |
Hari Ini Dalam Sejarah
• Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan mengira
• Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini
• Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia
• Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional
• Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun
• Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan
Ciri-ciri Laporan Kabinet 1979
• Sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia dari segi kualiti untuk mencapai aspirasi negara
• Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan kepada dasar pendidikan kebangsaan
• Tempoh pendidikan rendah adalah antara 5-7 tahun
• Pendidikan prasekolah sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan
• Pendidikan teknik & politeknik dipertingkatkan
• Peruntukan diadakan bagi mengawal selia pendidikan swasta
Perundangan Pendidikan
1957 - The Education Ordinance, 1957
1961 - Education Act, 1961
1963 - Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (Disemak - 1971)
1971 - Akta Universiti dan Kolej Universiti
1974 - Akta Politeknik Ungku Omar
1980 - Akta Majlis Peperiksaan Malaysia
Laporan-Laporan Penting
1956 - Report of the Education Committee, 1956 (Penyata Razak)
1960 - Report of the Education Review Committee, 1960 (Penyata Rahman Talib)
1967 - Penyata Jawatankuasa Perancang Pelajaran Tinggi
1973 - Laporan Jawatankuasa di atas Kajian Pendapat mengenai Pelajaran dan Masyarakat (Laporan Keciciran)
1979 - Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (Penyata Mahathir)
1991 - Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Latihan
Bahasa Melayu Dalam Sistem Pendidikan
1957 - Mata pelajaran wajib sekolah rendah dan menengah
1970 - Bahasa pengantar darjah 1
1975 - Semua Sekolah Rendah Inggeris selesai ditukar menjadi Sekolah Rendah Kebangsaan
1976 - Bahasa pengantar Tingkatan 1
1979 - Bahasa pengantar Tingkatan VI aliran sastera
1980 - Bahasa pengantar jurusan sastera tahun 1 di universiti
1981 - Bahasa pengantar tingkatan VI aliran sains
1982 - Bahasa pengantar semua peringkat persekolahan
1983 - Bahasa pengantar semua kursus di universiti
Peperiksaan Sekolah Rendah
1957 - MSSEE (Malayan Sec. Sch. Entrance Exam) dimulakan
1963 - MSSEE dimansuhkan
1967 - PDL (Penilaian Darjah 5) dimulakan
1973 - UDT (Ujian Darjah 3) dimulakan
1982 - UDT dimansuhkan
1988 - PDL dimansuhkan
1988 - UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) dimulakan
Peperiksaan Sekolah Menengah
1957 - LCE (Lower Certificate of Education) dimulakan
1957 - OSC (Overseas Cambridge Sch Certificate) dimulakan
1957 - FMC ( Federation of Malaya Certificate) dimulakan
1957 - QT ( Qualifying Test) dimulakan
1960 - SRP (Sijil Rendah Pelajaran) dimulakan
1961 - UK (Ujian Kelayakan) dimulakan
1962 - SPPTM (Sijil Pel. Persekutuan Tanah Melayu) dimulakan
1964 - SPPTM dimansuhkan
1964 - FMC dimansuhkan
1964 - MCE (Malaysian Certificate of Education) dimulakan
1964 - SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dimulakan
1967 - SRP/LCE soalan objektif mula digunakan
1968 - OSC dimansuhkan di Semenanjung Malaysia.
1969 - SPVM (Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia) dimulakan
1976 - Peperiksaan Bahasa Melayu (Julai) dimulakan
1976 - MCE diambilalih oleh Lembaga Peperiksaan
1982 - HSC (Higher School Certificate Cambridge) dimansuhkan
1982 - STPM (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia) diambilalih oleh Majlis Peperiksaan Malaysia
1983 - LCE ujian Lisan Bahasa Melayu dimansuhkan
1983 - SRP Ujian Lisan Bahasa Inggeris dimansuhkan
1987 - Sijil SPVM ditukar kepada SPM(V)
1987 - SPM di seluruh Malaysia dimulakan
1991 - KHPP (Kemahiran Hidup Program Peralihan) SRP dimulakan
1992 - Tahun terakhir bagi SRP
1993 - PMR (Penilaian Menengah Rendah) dimulakan
1993 - SPM berdasarkan KBSM (Kurikulum Baru Sek. Menengah) dimulakan
Kurikulum
1956 - General Syllabuses and Timetable Committee ditubuhkan
1964 - General Syllabuses and Review Committee ditubuhkan
1965 - Pendidikan Komprehensif dimulakan
1967 - Report of the Committee on Curriculum Planning and Development
1973 - Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) ditubuhkan
1982 - KBSR dilaksanakan di 302 buah sekolah rendah sebagai percubaan
1983 - KBSR dilaksanakan di semua sekolah rendah
1988 - Pelaksanaan KBSR sepenuhnya dicapai
1988 - Pelaksanaan KBSM bermula untuk mata pelajaran bahasa
1989 - Pelaksanaan KBSM bermula untuk mata pelajaran lain
1989 - Kemahiran Hidup Program Peralihan dimulakan di tingkatan 1
1989 - Pelaksanaan PKBS di tahun 1 hingga tahun 6 di semua sekolah rendah
1989 - Mata pelajaran Kemahiran Manipulatif dilancarkan di 100 buah sekolah rendah
1991 - Mata pelajaran Kemahiran Manipulatif dilaksanakan di 1000 buah sekolah rendah
1991 - Kemahiran Hidup bersepadu dimulakan di Tingkatan 1
1992 - Mata pelajaran Kemahiran Hidup Manipulatif dilaksanakan di 3000 buah sekolah rendah 1993 - Kemahiran Hidup mula dilaksanakan di Tahun 4 di semua sekolahrendah. Sekolah yang telah melaksanakan Kemahiran Manipulatifmeneruskannya di Tahun 5 dan 6 sekolah rendah
Pendidikan Khas |
02 March 2008
Ruangan Info - SpeCiaL CHiLD
Autisme Ibu bapa perlu tahu cara mengetuk ‘pintu rahsia’ anak sebelum boleh mendekati dan berinteraksi dengan anak autisme. Jika pintu rahsia ini tidak ditemui, anak anda makin sukar didekati dan mungkin terus hidup dalam dunianya sendiri. 22 Jun 2008 , 15.33 P.M |
Pintar Cerdas Definisi Di England, pintar merujuk kepada 5 peratus teratas dari semua populasi sekolah di dalam bidang akedemik manakala cerdas pula adalah 5 peratus teratas dari semua bidang lain. Pelajar pintar adalah mereka yang memilki kebolehan tinggi untuk 1 atau lebih di dalam subjek akedemik. Mereka ini tidak perlu menjadi pintar untuk semua subjek. Pelajar cerdas pula adalah mereka yang mempunyai kebolehan tinggi dari segi sukan, muzik , lukisan atau seni persembahan. Keinginan untuk tahu tinggi Minat mendalam Menerima infomasi dengan pantas Ingatan yang tinggi Mungkin dapat membaca lebih awal Kerap membaca serta meluas Tatabahasa yang tinggi Tahap penumpuan yang lama Kebolehan menyelesaikan masalah Suka bertanya dengan lebih teliti Keupayaan imaginasi yang tinggi Minat dalam falsafah dan isu-isu sosial Sangat sensitif dari segi emosi dan emosi tingkah laku Sangat menitikberatkan hal-hal keadilan Bersemangat dan bertenaga Pandai berjenaka Sangat teliti dan mementingkan kesempurnaan Perkembangan asynchronous Ciri-ciri negatif dan cabaran yang dihadapi oleh kanak-kanak pintar cerdas Permasalahan dari segi pertuturan yang kehadapan dan kebolehan memberi alasan Permasalahan dari segi sikap teliti dan kesempurnaan serta masalah emosi yang sensitif . 21 Jun 2008 , 16.36 P.M |
Disleksia Definisi Apa itu Disleksia?
Disleksia visual-auditori Punca-punca Disleksia Biologi Kematangan Ciri-ciri Disleksia Kanak-kanak pra-sekolah : Kanak-kanak Sekolah Rendah : 9 hingga 12 tahun Sekolah Menengah :
Bercakap dan mendengar Nombor Langkah membantu kanak-kanak Disleksia 21 Jun 2008 , 16.36 P.M |
Cerebral Palsi “CEREBRAL” ialah OTAK Sebelum Kelahiran
Semasa Proses Kelahiran
Selepas Kelahiran (sebelum berumur 3 tahun)
Seseorang kanak-kanak ceberal palsy dilahirkan bagi setiap 800 kelahiran tanpa mengira jantina, kaum, umur ibu atau latar belakang sosial. Punca-punca :
Tanda-tanda :
Perkembangan kanak-kanak cerebral palsy Jenis-Jenis Cerebral Palsy (Spastik, Ataxia, Athetoid) Spastic - Bahagian-bahagian otot anggota yang spastic manjadi tegang dan tidak mudah kendur semula. Pantulan yang terhasil adalah secara terserentak dan mengejut. Latihan dan pendidikan kepada kanak-kanak Cerebral Palsy. Jenis-jenis Masalah dan Tiga Bentuk Utama. 20 Jun 2008 , 23.59 P.M |
Terapi Hidro Terapi hidro di lihat sesuai untuk perkembangan fizikal kerana kombinasi pergerakan motor kasar dan halus serta mental murid dapat dirangsang secara serentak. Pergerakan dalam air didapati lebih mudah dan bebas serta ti dak dibebani oleh keperluan alatan sokongan selain daya apungan air sahaja. 20 Jun 2008 , 23.08 P.M |
Rawatan Efektif Epilepsi Dengan kemajuan terkini dalam bidang perubatan dan teknologi sekarang, epilepsi dan serangan sawan bukan lagi satu halangan untuk menjalani kehidupan yang aktif dan sempurna. Rawatan bagi epilepsi bukan sahaja bagi menyembuhkan semua serangan sawan, tetapi juga untuk menguruskan kehidupan keseluruhan pesakit. 16 Jun 2008 , 14.28 P.M |
Ciri-ciri Kanak-Kanak Berkeperluan Khas
Sindrom Down Ciri-ciri:
Masalah Pertuturan Masalah pertuturan termasuklah pertuturan awal lewat dan gagap. Percakapan yang merupakan masalah bagi kanak-kanak untuk membentuk pertuturan. Kebiasaannya berlaku di peringkat awal kanak-kanak. Kanak-kanak dalam kumpulan ini merasa serba kekurangan dan gelisah.
Tumpuan Perhatian Singkat (ADD/ADHD) Ciri-Ciri:
Autisme Ciri-ciri:
|
unit pendidikan khas pendidikan khas masalah pembelajaran kpbp pkbp ppki kanak-kanak istimewa kanak-kanak berkeperluan khas ciri-ciri kanak-kanak khas autisme sindrom down hiperaktif cerebral palsi disleksia brain gym terapi untuk kanak-kanak khas terapi kuda terapi renang terapi muzik taman teraputik refleksiologi senarai sekolah khas sk selayang jaya sksj himpunan sajak kanak-kanak




















