25 March 2008

Kategori Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

Hiperaktif

Hiperaktif dipercayai berpunca daripada gangguan mekanisme sistem saraf. Walaupun faktor genetik, infeksi atau kerosakan pada otak sering dikaitkan sebagai punca penyakit ini, namun faktor- faktor seperti masalah di rumah, toksin, kekurangan zat makanan dan alahan kepada makanan mungkin lebih berpengaruh. Mereka seolah-olah sentiasa cergas dan bertenaga setiap masa.

Ciri-ciri Hiperaktif:


  • Tidak boleh duduk diam
  • Impulsif
  • Tumpuan perhatian singkat
  • Suka mengganggu orang lain
  • Selalu bercakap banyak
  • Selalu tidak mematuhi arahan dan gagal menyiapkan kerja sekolah, kerja harian dan tugas.

Sindrom Down

Ciri-ciri:

  • Rambut jarang dan lurus
  • Muka leper
  • Mata kecil dan senget.
  • Lidah tebal
  • Jari tangan dan kaki pendek
  • Senang dijangkiti penyakit telinga, mata dan hidung
  • Leher pendek

Masalah Pertuturan

Masalah pertuturan termasuklah pertuturan awal lewat dan gagap. Percakapan yang merupakan masalah bagi kanak-kanak untuk membentuk pertuturan. Kebiasaannya berlaku di peringkat awal kanak-kanak. Kanak-kanak dalam kumpulan ini merasa serba kekurangan dan gelisah.


Ciri-ciri murid bermasalah pertuturan:

  • Kecelaruan pertuturan
  • Kecelaruan bahasa
  • Masalah artikulasi
  • Masalah kelancaran

Tumpuan Perhatian Singkat (ADD/ADHD)

Ciri-Ciri:

  • Lambat menyiapkan tugasan
  • Mudah terganggu
  • Masalan konsentrasi
  • Masalah mengurus tugasan
  • Cepat lupa
  • Impulsif

Autisme


Autisme merupakan sejenis penyakit Skizofrenia yang bermula selepas bayi berumur 30 bulan. Kanak-kanak ini biasanya terganggu dari segi emosi dan suka mempamerkan ciri-ciri tingkahlaku seperti kanak-kanak terencat akal.

Ciri-ciri:

  • Bermasalah komunikasi
  • Sukakan rutin
  • Sering berada di dalam dunia sendiri
  • Ekolalia
  • Cederakan diri sendiri
  • Kompulsif
  • Tidak suka bergaul
  • Tidak suka bertentang mata
  • Kerencatan bahasa

unit pendidikan khas pendidikan khas masalah pembelajaran kpbp pkbp ppki kanak-kanak istimewa kanak-kanak berkeperluan khas ciri-ciri kanak-kanak khas autisme sindrom down hiperaktif cerebral palsi disleksia brain gym terapi untuk kanak-kanak khas terapi kuda terapi renang terapi muzik taman teraputik refleksiologi senarai sekolah khas sk selayang jaya sksj himpunan sajak kanak-kanak