11 March 2008

Imbauan Sejarah Penubuhan

Program Kelas Pendidikan Khas (Bermasalah Pembelajaran) Sekolah Kebangsaan Selayang Jaya telah ditubuhkan pada April 1998. Pada mulanya kelas ini mempunyai 8 orang murid dan 4 orang guru. Kelas ini telah ditubuhkan hasil ilham Guru Besar waktu itu iaitu Pn Siti Rahmah binti Buhairah yang bersimpati dengan sesetengah murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran.

Pada awalnya kelas ini telah ditempatkan di bangunan blok A, namun pada pertengahan tahun 1999 pihak sekolah telah memperbaiki bangunan kayu di hujung padang dengan peruntukan yang diberikan oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

Selain pihak sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru dan Badan Kebajikan Ibu Bapa dan Guru-Guru Kelas Pendidikan Khas sekolah ini telah bersama-sama mengembeling tenaga dalam menjana pembangunan kelas pendidikan khas ini demi keperluan semasa tanpa membanding beza murid istimewa ini dengan murid biasa.

Dari situlah, Program Kelas Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Selayang Jaya mula mengorak langkah dengan menambah bilangan muridnya dari masa ke masa mengikut kemampuan tenaga pengajar. Mungkin ini adalah satu petanda tahap kesedaran masyarakat terhadap kepentingan dan tanggungjawab memberi didikan terhadap kanak-kanak istimewa semakin meningkat.

unit pendidikan khas pendidikan khas masalah pembelajaran kpbp pkbp ppki kanak-kanak istimewa kanak-kanak berkeperluan khas ciri-ciri kanak-kanak khas autisme sindrom down hiperaktif cerebral palsi disleksia brain gym terapi untuk kanak-kanak khas terapi kuda terapi renang terapi muzik taman teraputik refleksiologi senarai sekolah khas sk selayang jaya sksj himpunan sajak kanak-kanak