::Origami:: |
::Resepi:: |
Berikut adalah beberapa resepi mudah yang boleh diajar kepada murid-murid khas semasa kelas kemahiran hidup
Agar-Agar Marble | |||||||||||
Bahan | 4 sudu besar tepung kastad | ||||||||||
Cara | Masak agar-agar dengan 6 gelas air sehingga mendidih. Bila telah hancur masukkan gula. Sementara menunggu gula hancur, boleh bancuhkan bahan-bahan untuk campuran agar-agar. Pukul telur dengan mentega sehingga kembang. Setelah itu masukkan susu cair dan tepung kastad sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Setelah itu tuangkan adunan ke dalam agar-agar tadi kemudian kacaukan hingga rata. Sesudah sebati dan kelihatan agak pekat bolehlah diangkat dan bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu adunan dicampurkan dengan koko dan satu lagi tanpa warna. Masukkan ke dalam acuan berselang-seli kemudian sejukkan. |
Puding Batik | |||||||||||
Bahan | 5 biji telur (pukul sekejap) | ||||||||||
Cara | Sediakan kuali. Masukkan susu cair, gula dan serbuk koko. Nyalakan api. Kacau sehingga serbuk koko bergaul rata dengan susu dan gula. Apabila mendidih, masukkan butter. Kacau hingga butter cair. Kemudian masukkan telur yang telah dipukul. Perlahankan api. Kacau sehingga sebati. Masukkan biskut marie. Tutup api. Gaul sehingga keseluruhan biskut marie dilitupi coklat.Sediakan loyang yang dilapik dengan kertas minyak. Kaup adunan ke dalam loyang. Tekan dengan senduk plastik sehingga mampat. Ratakan topping coklat ke atas adunan. Masukkan dalam peti sejuk sehingga keesokan hari. |
Aiskrim | |||||||||||
Bahan | 270 g coffemate (creamer tepung) | ||||||||||
Cara | Bancuh coffemate, gula halus dan susu segar. Kacau dgn wisk hingga semua larut dan sebati. Simpan dalam peti sejuk (bahagian beku) 4 - 5 jam sehingga 3/4 beku). |
Chocolate Chips Muffin | |||||||||||
Bahan | 125g butter | ||||||||||
Cara | Masukkan mentega, gula, telur, serbuk koko dan tepung kedalam mesin pengadun (Mixer). Pukul sebentar dan campurkan coklat cair dan chocolate chips. Masukkan kedalam mangkuk kertas . Taburkan dengan chocolate chips lagi diatasnya jika suka. Bakar dalam ketuhar yang sudah dipanaskan selama 15 minit ~ 175C. |
Bergedil Ayam | |||||||||||
Bahan | 1 tangkai lada merah ditumbuk halus (optional) | ||||||||||
Cara | Panaskan seikit minyak, tumis bawang kecil hingga bangkit bau.. Masukkan ayam dan lobak tumis hingga rata. Setelah lobak dan ayam masak, angkat dan ketepikan. Didalam sebuah bekas, satukan semua bahan. Kentang yang sudah dilecek, ayam/lobak, bawang goreng, daun ketumbar, serbuk lada hitam dan garam. Buat begedil bebentuk bujur dan selaputkan dengan telur lalu digoreng dengan api perlahan. Cicah bersama sos cili. |