SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI KELAS PROGRAM BERMASALAH PEMBELAJARAN SEKOLAH KEBANGSAAN SELAYANG JAYA. WARGA KPBP SKSJ MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN SAUDARA SAUDARI


::PROGRAM AKAN DATANG::







PERTANDINGAN BOWLING PEND. KHAS DAERAH GOMBAK
TARIKH : 5 OKTOBER 2009
TEMPAT : SUPER BOWL , SELAYANG MALL



PERKHEMAHAN PENDIDIKAN KHAS
TARIKH : 8 - 9 OKTOBER 2009

PERASMIAN BULAN PENDIDIKAN KHAS
TARIKH : 12 OKTOBER 2009
**KPBP SKSJ ADA MENJUAL WAFER DI BLOK PEND. KHAS. SEPANJANG BULAN PENDIDIKAN KHAS**

Image Hosted by ImageShack.us


CUTI DEEPAVALI
TARIKH : 16 - 19 OKTOBER 2009

PERASMIAN PENUTUP BULAN PENDIDIKAN KHAS
TARIKH : 26 OKTOBER 2009

Swim Theraphy
TERAPI RENANG
TEMPAT : KELAB PERANGSANG, TEMPLER
TARIKH : DITANGGUHKAN SEHINGGA DIBERITAHU KELAK

Image Hosted by ImageShack.us
TERAPI KUDA
TEMPAT : JELAPANG WARISAN, SG.BULOH
TARIKH : DITANGGUHKAN SEHINGGA DIBERITAHU KELAK

Image Hosted by ImageShack.us


::CAPAIAN BLOG::

04 March 2009

Program Jalinan Mesra Pendidikan Khas-Aliran Perdana

KPBP SKSJ telah menganjurkan Program Jalinan Mesra Pendidikan Khas-Aliran Perdana bermula pada 2hb Mac yang lalu. Idea untuk mengadakan program ini tercetus hasil perbincangan GPK Pendidikan Khas, Pn. Yasmin Azra dengan Pn Jamilah, Guru Besar SKSJ dan En. Mahezan ekoran murid pendidikan khas yang diinklusifkan di aliran perdana tidak dapat bergaul baik dengan rakan sekelas. Hal ini mungkin kerana kondusi murid khas yang sedikit berbeza dengan ragam yang pelbagai menimbulkan ketakutan bagi murid-murid lain. Justeru, program ini dianjurkan untuk memberi kefahaman dan sedikit info kepada murid aliran perdana berkaitan murid-murid khas ini. Selain merapatkan jurang perbezaan, antara lain tujuannya adalah untuk memberi peluang kepada murid khas untuk berinteraksi dengan masyarakat agar persekitaran sosial yang lebih baik dapat dicapai.

Program ini akan berjalan setiap hari Isnin, dimana murid-murid kelas aliran perdana tahun 4 atau 5 akan dipilih untuk menjadi abang dan kakak angkat murid KPBP SKSJ untuk sepanjang minggu tersebut. Sepanjang minggu ini, program tersebut dilihat berjalan dengan jayanya kerana kakak/abang angkat dilihat komited untuk memberikan kerjasama. Ramai juga antara mereka yang hadir ke pendidikan khas pada waktu rehat untuk membantu adik angkat masing-masing. Agenda program adalah seperi berikut :
  • Murid berkumpul di Pendidikan Khas
  • Nyanyian Lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Lagu Patriotik
  • Bacaan Ikrar
  • Ucapan GB/GPK Khas/ Kaunselor
  • Tayangan Slide Show dan penerangan berkaitan pendidikan khas oleh GPK Pend.Khas
  • Program Adik Angkat - Setiap murid aliran perdana memilih seorang murid khas untuk dijadikan adik angkat. Abang/Kakak angkat berkenal-kenalan dengan adik angkat masing-masing dan membawa mereka berjalan di Taman Teraputik
  • Majlis Bersurai


unit pendidikan khas pendidikan khas masalah pembelajaran kpbp pkbp ppki kanak-kanak istimewa kanak-kanak berkeperluan khas ciri-ciri kanak-kanak khas autisme sindrom down hiperaktif cerebral palsi disleksia brain gym terapi untuk kanak-kanak khas terapi kuda terapi renang terapi muzik taman teraputik refleksiologi senarai sekolah khas sk selayang jaya sksj himpunan sajak kanak-kanak