KPBP SKSJ telah menganjurkan Program Jalinan Mesra Pendidikan Khas-Aliran Perdana bermula pada 2hb Mac yang lalu. Idea untuk mengadakan program ini tercetus hasil perbincangan GPK Pendidikan Khas, Pn. Yasmin Azra dengan Pn Jamilah, Guru Besar SKSJ dan En. Mahezan ekoran murid pendidikan khas yang diinklusifkan di aliran perdana tidak dapat bergaul baik dengan rakan sekelas. Hal ini mungkin kerana kondusi murid khas yang sedikit berbeza dengan ragam yang pelbagai menimbulkan ketakutan bagi murid-murid lain. Justeru, program ini dianjurkan untuk memberi kefahaman dan sedikit info kepada murid aliran perdana berkaitan murid-murid khas ini. Selain merapatkan jurang perbezaan, antara lain tujuannya adalah untuk memberi peluang kepada murid khas untuk berinteraksi dengan masyarakat agar persekitaran sosial yang lebih baik dapat dicapai.
Program ini akan berjalan setiap hari Isnin, dimana murid-murid kelas aliran perdana tahun 4 atau 5 akan dipilih untuk menjadi abang dan kakak angkat murid KPBP SKSJ untuk sepanjang minggu tersebut. Sepanjang minggu ini, program tersebut dilihat berjalan dengan jayanya kerana kakak/abang angkat dilihat komited untuk memberikan kerjasama. Ramai juga antara mereka yang hadir ke pendidikan khas pada waktu rehat untuk membantu adik angkat masing-masing. Agenda program adalah seperi berikut :
Murid berkumpul di Pendidikan Khas
Nyanyian Lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Lagu Patriotik
Bacaan Ikrar
Ucapan GB/GPK Khas/ Kaunselor
Tayangan Slide Show dan penerangan berkaitan pendidikan khas oleh GPK Pend.Khas
Program Adik Angkat - Setiap murid aliran perdana memilih seorang murid khas untuk dijadikan adik angkat. Abang/Kakak angkat berkenal-kenalan dengan adik angkat masing-masing dan membawa mereka berjalan di Taman Teraputik
Majlis Bersurai