Pengawas sekolah adalah para pelajar yang terpilih yang diberikan tanggungjawab untuk membantu pihak sekolah, terutamanya dalam hal meningkatkan pencapaian disiplin para pelajar ke tahap yang lebih baik, yang mana mereka dianggap mata dan telinga sekolah.Misi unit Pendidikan Khas pula adalah untuk melahirkan murid-murid yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan dapat memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara.
Justeru,mulai tahun 2011 unit pendidikan khas mengambil inisiatif untuk menubuhkan unit disiplin dan pengawas Pendidikan Khas. Penubuhan unit ini selari dengan misi unit Pendidikan Khas secara khasnya untuk melahirkan murid dengan kualiti kepimpinan dan seimbang dari aspek jasmani,emosi,rohani dan intelek sepertimana juga pada murid aliran perdana.Seramai 8 orang murid terpilih sebagai Pengawas PPKI SKSJ. Mereka adalah :

- Muhammad Azarul Azlee
- Ramesh V Naidu A/L Vishnu Raj
- Muhammad Khairul Ikhwan B Johary
- Mohamad Tajudin B. Rosli
- Afif Zahiruddin Bin Rohaizan
- Muhammad Hafiz Bin Mohd Zamzuri
- Lim Chin Loong
- Nurul Alya Asyiqin Bt. Sukana