Eksperimen ini telah dijalankan oleh murid-murid pendidikan khas di perhimpunan pagi sempena program Sains.
09 May 2011
08 May 2011
Perlantikan Pengawas Pendidikan Khas
Pengawas sekolah adalah para pelajar yang terpilih yang diberikan tanggungjawab untuk membantu pihak sekolah, terutamanya dalam hal meningkatkan pencapaian disiplin para pelajar ke tahap yang lebih baik, yang mana mereka dianggap mata dan telinga sekolah.Misi unit Pendidikan Khas pula adalah untuk melahirkan murid-murid yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan dapat memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara.
Justeru,mulai tahun 2011 unit pendidikan khas mengambil inisiatif untuk menubuhkan unit disiplin dan pengawas Pendidikan Khas. Penubuhan unit ini selari dengan misi unit Pendidikan Khas secara khasnya untuk melahirkan murid dengan kualiti kepimpinan dan seimbang dari aspek jasmani,emosi,rohani dan intelek sepertimana juga pada murid aliran perdana.Seramai 8 orang murid terpilih sebagai Pengawas PPKI SKSJ. Mereka adalah :
Justeru,mulai tahun 2011 unit pendidikan khas mengambil inisiatif untuk menubuhkan unit disiplin dan pengawas Pendidikan Khas. Penubuhan unit ini selari dengan misi unit Pendidikan Khas secara khasnya untuk melahirkan murid dengan kualiti kepimpinan dan seimbang dari aspek jasmani,emosi,rohani dan intelek sepertimana juga pada murid aliran perdana.Seramai 8 orang murid terpilih sebagai Pengawas PPKI SKSJ. Mereka adalah :
- Muhammad Azarul Azlee
- Ramesh V Naidu A/L Vishnu Raj
- Muhammad Khairul Ikhwan B Johary
- Mohamad Tajudin B. Rosli
- Afif Zahiruddin Bin Rohaizan
- Muhammad Hafiz Bin Mohd Zamzuri
- Lim Chin Loong
- Nurul Alya Asyiqin Bt. Sukana
Majlis Perasmian Kabin
Warga PPKI SKSJ mengucapkan jutaan penghargaan dan terima kasih di atas budi baik Adun Taman Templer, Dato’ Subahan Kamal yang sudi memberikan sumbangan peribadi berupa sebuah kabin bernilai RM5000 untuk keselesaan murid-murid PPKI SKSJ belajar. Telah banyak sumbangan yang beliau salurkan untuk prasarana pendidikan di PPKI SKSJ. Antaranya taman teraputik dan sumbangan kepada anak-anak yatim sempena Hari Raya Aidilfitri 2010. Jasa Dato' tidak akan dapat kami lupakan. Hanya Allah yang dapat membalasnya. Amin..
Lawatan Ke Zoo Negara & Desa Waterpark
Lawatan ke Zoo Negara ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan peluang kepada murid-murid untuk mendekati dunia haiwan. Walaupun masa lawatan agak singkat, namun ia sudah cukup untuk memberi kepuasan kepada murid-murid. Selain melawat kawasan sekitar zoo, kami juga berpeluang menyaksikan persembahan haiwan pintar seperti anjing laut dan burung kakak tua.
Majlis Sambutan Hari Lahir 2010
Kejohanan Tenpin Bowling Pendidikan Khas Daerah Gombak 2010
Hari Guru Peringkat Sekolah 2010
Pada sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah SK Selayang Jaya 2010, kumpulan guru dibawah pimpinan GPK Pendidikan Khas berjaya mendapat johan persembahan guru dengan persembahan aci-aci buka pintu. Jom kita enjoy persembahan tersebut!!!..
Berikut pula persembahan solo dari adik Arif Hafizie dengan lagunya Cari Jodoh..
PPKI SKSJ tidak asing lagi dengan persembahan Bollywoodnya. Tahun ini sekali lagi kami kembali dengan persembahan mantap melalui lagu Aake Khuli Ho Bandan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
unit pendidikan khas pendidikan khas masalah pembelajaran kpbp pkbp ppki kanak-kanak istimewa kanak-kanak berkeperluan khas ciri-ciri kanak-kanak khas autisme sindrom down hiperaktif cerebral palsi disleksia brain gym terapi untuk kanak-kanak khas terapi kuda terapi renang terapi muzik taman teraputik refleksiologi senarai sekolah khas sk selayang jaya sksj himpunan sajak kanak-kanak