






.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Antara usul dan cadangan yang dikemukakan oleh ibu-bapa Pendidikan Khas adalah berkaitan masalah nyamuk di Blok Pendidikan Khas. Permasalahan ini telah beberapa kali diutarakan, malahan Pn. Yasmin selaku GPK pendidikan khas juga telah memanjangkan surat memohon semburan nyamuk diadakan. Namun sehingga kini, masih belum ada sebarang tindakan diambil. Moga-moga permohonan kali ini diambil perhatian oleh pihak yang berkenaan.
Pada 13 November 2008, KPBP SKSJ telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke sekitar Seremban. Seramai 44 orang murid dan guru bertolak dari SKSJ seawal 8.30 pagi dan tiba di Seremban sekitar jam 10 pagi. Seusai menjamah sarapan pagi, kami dibawa ke Kilang Yakult. Pegawai yang bertugas amat mesra dan penerangan yang diberi juga jelas dan dapat menarik perhatian lebih-lebih lagi kanak-kanak. Masing-masing pulang dengan bungkusan minuman yakult yang dibeli dengan harga yang lebih murah dari harga pasaran..jpg)
.jpg)
.jpg)
Program RIMUP SK Selayang Jaya telah diadakan pada 10 November 2008, bersempena dengan sambutan Hari Kanak-Kanak. Penglibatan murid secara menyeluruh dapat dilihat melalui acara sukaneka. KPBP SKSJ mengambil bahagian dalam 2 acara iaitu Bom Beracun dan acara bawa bola pingpong dalam sudu. Walaupun setiap murid bakal membawa hadiah yang sama, namun mereka tetap bersaing bersungguh-sungguh untuk memenangi acara masing-masing.
Pada 22hb Oktober 2008 yang lalu, KPBP SKSJ telah menghantar 2 orang murid, Yau Shyh Weng dan Muhammad Iklil untuk menyertai pertandingan melukis "Friendly Relationship Through Pictures" di SK Gombak Setia. Program ini dianjurkan oleh MAY Asaka Center, Jepun (May Library) untuk mengeratkan tali silaturrahim antara Malaysia dan Jepun dalam mendalami kebudayaan antara kedua-dua negara. Tahun lepas, KPBP SKSJ berjaya merangkul hadiah johan melalui adik Teng Zao Yong. Walaupun tahun ini kami tidak dapat mengulangi kejayaan seperti tahun lepas, namun semangat murid-murid tidak pernah luntur. Sesungguhnya kami amat berbesar hati kerana kanak-kanak pendidikan khas diberi peluang untuk turut sama melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti bertaraf antarabangsa seperti ini. Semoga program ini akan diteruskan lagi di tahun akan datang.
.jpg)
Perasmian Bulan Pendidikan Khas 2008 telah diadakan pada 13 Oktober 2008 dan disempurnakan oleh Guru Besar SKSJ, Pn Jamilah Abdul Rahman. Murid-murid KPBP mempersembahkan senam aerobik dan Brain Gym. Sepanjang bulan Oktober ini, KPBP SKSJ telah merancang beberapa aktiviti antaranya persembahan murid, jualan amal dan pameran poster . 
unit pendidikan khas pendidikan khas masalah pembelajaran kpbp pkbp ppki kanak-kanak istimewa kanak-kanak berkeperluan khas ciri-ciri kanak-kanak khas autisme sindrom down hiperaktif cerebral palsi disleksia brain gym terapi untuk kanak-kanak khas terapi kuda terapi renang terapi muzik taman teraputik refleksiologi senarai sekolah khas sk selayang jaya sksj himpunan sajak kanak-kanak